Whoah . Kau orang paham tak apa maksud adik ? Adik kau orang mengada-ngada tak ? Adik-adik aku mengada-ngada doe . Lagi mengada dari aku . Tu yang tak puas hati tu -,- . Siot jer dia orang .

Ni dia orang dalam versi baik a.k.a bertudung . Tapi , perangai . . . masih teruk =P
Friday, December 31, 2010
adik-adik .
Thursday, December 30, 2010
Nasi ? Kurus ?
Bulat , Gemuk . Ceh ! Aku tak suka jadi golongan tu ( tapi aku suka bila orang panggil aku dengan nama tu . Entahlah , aku pun tak tahu kenapa ) . Wei ! Kalau tak makan nasi boleh kurus tak ? Hmm , aku dah cuba doe tak makan malam . Tapi tak lepas =( . Mesti nak kena makan jugak . Jadi , aku amik langkah alternatif . Aku takkan makan nasi ! Haha . Sudah 2 minggu lebih , 1 biji nasi pun tak makan =) . Hebad kan ? Haha . Masa first-first start tak makan nasi , susah kot . Tapi masa hari yang ke-4 , semua sudah ok =') . Sekarang , walaupun ada nasi dekat dengan lubang hidung pun aku tak kisah . Dulu , bukan main tahan . Haha . Hebad kan aku ? Tiba-tiba , aku sedih kott tak makan nasi . Macam bukan orang melayu pulak ='( . Tapi tak apa la . Aku dah tak boleh kot makan nasi . Dah memang tak boleh . Maybe dah biasa tak makan nasi kot . Tapi , aku tetap jugak makan roti =( . Memang barat betul kan ? Haha . Walaumacam mana pun , roti pun gandum jugak ! Hmm , dah buat had maksima . Sehari cuma boleh makan 2 roti jer =D . Tapi , aku selalu makan 4-5 =/ . Macam mana ni ? KurusKurus datanglah kepadaku . I Need You <3
![]()
besok ?
Hmm , Hmm , Hmm , . Sedih kott . Besok dah 31 / 12 / 2010 . Masa tu , semua homework nak kena siap =( . Macam mana ni ? Benci ! Huhu , waaaaa . Semua benda dah nak kena print ! Malas kott . Ish . Nyesal kot aku tak buat homework awal-awal . Ceh ! Ok . Besok kerja geo mesti siap . Mesti !

gigi .
Whitening , i love you very much <33 . Your my love teeth =D . Never lupakan jasa kau . Kau dah buat gigi aku putih =) . Tabik gila dengan kau ! Aku sayang kau , Aww . Haha . Tapi , kau tak boleh buat gigi wangi =( . Jadi , aku terpaksa jugak berus gigi pakai colgate tau . Menyusahkan , berus gigi dua kali . Dah la aku berus gigi sampai berdarah ='( . Haha , supaya aku boleh make sure yang aku berus gigi sampai ke gusi . Whooah ! Fasinating betul ! Kankan ? Ngee ~~ . Haha . Gigiku terhebad dan lagi hebad dari gigi kau orang =P .
Huh .
Penat ? Saya tak penat =) . Haha . Dia sudah mula marah . Saya tak kisah langsung =P . I always use my mind la . Otak saya kan gila , of course la post benda giler un XP . Gila ? Wah , mari kita jadi gila sama-sama . Haha .
![]()
Cheers .
Cheers of the day ! 30 / 12 / 2010 .
Cheers la as we have time for it . Because we can't change the fate .
Kalau nak nangis sekuat-kuat hati pun .
Buat masa tarikh ni .
2 / 1 / 2010 .
Cry together , share the sadness .
It's the best way to make self strong !
Aku tengah merepek sial ! Haha .
![]()
sayang .
Saya sayang family saya .
Saya sayang kakak saya .
Saya sayang besties saya .
Saya sayang kawan saya .
Saya sayang batch saya .
Saya sayang senior saya .
Last but not least ,
Saya sayang guru dan sekolah saya .
SayangSayang <3
![]()
kenali .
orang yang tak mengerti erti penat .
Haha . Saya mana ada touching . Saja je nak tengok betapa bersalahnya hati anda apabila mengetahui betapa sedihnya saya =P . Haha , saya boleh tengok terus ke hati anda . Anda kata saya hebad =) . Power kan saya , boleh tengok hati orang ? Haha . Title ? Haha , best kan ? Dah lama kot tak cakap benda-benda macam tu . Eyh ! Remaja memang macam tu la ! Tak tau ke ? Majoriti kot .
ok !
Terima kasih kerana memahami saya . I'm hebad in my eyes =) . Anda pun nak cakap saya hebad , just tak nak mengaku je =P . Haha . Saya memang tengah bahagia dengan buat kerja pelik ni XP . Haha . Wah , miss saya ( sudah mula kembang ) ? Tapi apsal nak padam ='( ? <3
![]()
Saya sudah paham .
Dia cakap : Kenapa je selalu balas-balas macam ni .
Saya balas : Sebab saya suka XP .
Dia cakap : Pening aku .
Saya balas : Saya power sebab dapat buar orang pening =) .
Dia cakap : DahDah , pergi buat homework tu .
Saya balas : Tak apa , maktab boleh ponteng -.- .
Dia cakap : Bia la aku dengan orang tersebut je yang paham .
Saya balas : Saya memang paham ^.^ .
Dia cakap : Post kat blog pulak tu . Entah apa-apa je . Haha
Saya balas : Sebab saya suka XP .
Dia cakap : <3 miss you .
Saya balas : Saya lagi rindu kat akak <3
![]()
Narnia , Aslan .
Narnia , Narnia , Narnia . Aslan , Aslan , Aslan . Haha . Favourite movie ni . Jangan memain . Tak ada benda paling best masa cuti ni selain lepak ngan family kat shopping mall kan ? Haha . Dah tengok cerita Narnia bla bla bla tu ? Haha . Setiap kali aku tengok cerita tu kan , aku rasa macam aku ada kat negara Narnia tu la . Teringin kott . Kan best kalau dapat pegang si Aslan tu . Tapi lagi best kalau dapat bela kan ? Handsome nya binatang keluarga kucing tu =* . Buat aku geram la . Haha . Moga-moga Christmas tahun depan buat benda ni real ( lama kott nak tunggu . Tapi aku sanggup , demi Aslan . Haha ) .

busy .
Dear Bloggie ,
God please help me ! Cuti sekolah dah nak mula dan saya masih belum finish-kan homework =( . Hari ni memang busiest day gila . Tangan aku pun dah nak mula sakit sebab holding pen lama sangat . Whoah ! Cau dulu . Aku nak contimue jadi ' Superhomework-girl ' . Haha .
* Saya tak jumpa liquid paper la ! Tolong cari untuk saya =) .
![]()
hmm ,
Ok ! Cerita akan ditutup , tapi saya nak back-up diri saya dulu =) . Saya sudah follow la . Use your eyes to see =P . Haha . Btw , saya mengaku saya pelik ='( . = )
![]()
matamata .
Cuba kau orang tengok bulu mata aku . Dah lain kot . Tadi , kita orang pergi la kat kedai potong rambut tau ( rambut aku dah pendek ) . Haha . Yang best nye , aku dapat lentikkan bulu mata . Haha . Sebenarnya murah je , rm50 je . Tapi aku dapat free ! Yeah . Saya sayang bulu mata saya sungguhsangat <3 .
mimpi
Hebad kot mimpi-mimpi aku malam tadi . Haha . Nak tahu tak mimpi aku apa ? Ha ? Nak tahu ? Wah , bukan senang kot nak buat kau orang mengaku yang kau orang nak dengar mimpi aku . Banggabangga . Haha . Mimpi aku ni banyak jugak la yang aku tak ingat . Biasalah mimpi kan pelik , kankan ? Haha . Mimpi aku ni lebih kurang sama dengan cerita ' dragonball ' ( aku masih muda dan masih layak untuk tengok cerita ni ) . Nak tahu tak watak-watak kat mimpi aku ni ?
- Aku sebagai ejen .
- Abang aku pun sebagai ajen .
- Seorang akak senior form 3 ( aku sendiri pun tak tahu kenapa dia asyik muncul je dekat mimpi aku . Tak berharap pun dia datang -.- ) .
- 2 orang laki dan seorang perempuan sebagai orang jahat .
- Seorang Ah Seng cina yang ada janggut panjang gila .
- Seorang laki yang aku tidak dikenali sebagai penolong agen .
Haha . Cool , bukan ? Nak tahu tak cerita dia macam mana ? Nanti la . Agen ni lebih kurang macam Goku la . Akak senior tu pulak is part of my family . Pelik kan ? Ah Seng ni pulak lebih kurang macam atuk goku tapi dalam versi jahat . Yang penolong agen ni pulak adalah lebih kurang macam kawan-kawan Goku . Ataupun , Ron Stoppable . Haha .
Cerita dia macam ni tau . Kita orang nak kena kumpul benda yang ala-ala ' dragonball ' la . Semua dah dapat kumpul kecuali satu ' dragonball ' ni . ' Dragonball ' yang satu ni ada kat Ah Seng tu . LawanLawanLawan . Last-last , kitaorang menang jugak . Tapi aku tak tahu la kenapa kitaorang tak amik ' dragonball ' tu . Lepas tu , kitaorang kena kejar dengan orang-orang jahat tu . Haha . Kita orang apa kisah kena kejar sebab kita orang tahu yang dia orang tak akan dapat menandingi kepantasan kitaorang . Nak tahu kenapa ? Sebab kita orang pakai motor ! Haha . Tapi aku tak tahu la macam mana aku boleh terjatuh dari motor tu . Nasib baik tangan aku sempat pegang motor tu punya bahagian belakang . Scary ! Masa tu , aku macam terbang . Ceh , hebad gila ar . Haha . Lepas tu , kita orang terjun dari motor and sampai la kat rumah . Cepatkan . Lepas tu , ada banyak lagi kott . Tapi , aku malas la nak cerita . Penat doe taip . Hmm , moga bergembira dengan mimpi masing-masing =) .

gaduh ?
Wah . Ada orang nasihatkan aku la . Dia kata : tak baik tau banggabangga ni . Haha , bangga itu bagus ! Ok , mari kita rujuk dictionary Nana .
Apakah maksud bangga ?
Bangga tidak sahaja bermaksud tinggi diri . Ia juga bermaksud betapa happy nya kita apabila ada orang puji kita or apa-apa la . Ia baik untuk kesihatan jiwa sebab memberikan sebuah kegembiraan kepada orang yang dipuji or apa-apa la . Kegembiraan yang dialami akan membuatkan mereka lebih bersemangat dan bertenaga .
Hah ! Kan bagus kalau kita banggabangga . No probs kan . Haha . Siapa la tak bangga kalau mak sendiri yang jarang puji kita puji kita depan-depan kan ? Mak saya pun selalu puji Nana tapi kat belakang la ( nak bagitahu jugak yang dia selalu kena puji . Haha ) . Oh yeah ! Kakak tu pun kata : rajin sungguh buat blog erk , sampai fb pun tak online . Hmm . Akak . Kalau akak nak tahu , saya sentiasa online Facebook . Bila saya online Blog , saya akan online Facebook sekali =O . Just , saya offline chat je . Tu la sebab akan ingatkan saya tak online kan ? Haha . Saya nak ulang balik ayat saya , Saya bangga jadi anak Onn =) !
sekolah ?
The school holiday is about to end . So , mari kita pack-pack barang dan buku untuk bawa balik ke maktab . Lagi berapa hari je kot . Get ready to leave your house , make a card and paste it at the wall of your rumah .
bangga !
Haha , bangga kott . Tadi mak aku puji aku depan-depan . Kembang gila ar . Haha , mama cakap kat Along : Sebenarnya anak mama ni pandai , tapi cume tak nak usaha je . Lain kali cuba belajar macam Nana dengan Angah . Aku masa tu senyum je . Haha . Lepas tu , akak aku cakap yang mak aku selalu puji aku tapi kat belakang aku la . Maybe dia takut aku over reacted kott >.< . Haha , aku tersangat sekali suka . Ngee~~ . Haha . Oleh itu , aku berkurung dekat dalam bilik sebab nak study ( haha , nak tunjuk kat mak aku yang apa dia cakap pasal aku tu sememangnya benar sekali . Tapi yang sedih nye , 1 jam setengah je kott . Cehh , ingatkan nak sampai tidur . Haha , cerita tv buat spoil la . Anyway , saya bangga jadi anak Onn !
Wednesday, December 29, 2010
bodoe .

Haha . hebad kot . Aku ambil dari Tumblr Elysha Azlan . Haha . So , apa kau orang nak buat kat dunia ni ? No Use la =P .
suka =)
Wah . Ada orang cakap aku maju kott . Masa tu lain , masa ni lain . Manusia kan tak ada pendirian . Everyone ain't perfect , right ? Haha . But one thing for sure . I just want to make everyone cheer up and kutuk orang yang saya benci tiap-tiap hari . Just that . Nothing more I can count on . Haha . Sayang <3 .
homework ? sekolah ?
rambut !
Waaaaaaaa . . . ! Aku tak nak potong rambut ! Ceh , over gila r ( padahal repair rambut je . And , aku yang mintak repair ) . Haha , saja-saja je kot buat cerita kena paksa potong rambut =) . Dah lama dah aku tak potong rambut , aku cuma repair je . Setiap kali balik rumah , mesti repair rambut . Tu la sebab rambut aku masih cantik walaupun dua minggu tak basuh . Haha . Wah ! Rambut aku sekarang paras pinggang++ . Tapi aku sure , kalau repair pun . Mesti dia orang potong jugak . Maklumlah , banyak rambut rosak . Doakan yang rambut aku sentiasa sihat dan lagi cantik dari rambut kau orang k =P . Haha .

WahWah . Siapa orang ni ? Taylor Swift new hair cut . ngee ~~
katak ?
Aku gila kot tadi , kan tadi aku post pasal katak . So , of course la tengok gambar katak kan ? Wah ! Terkejut bukan main la . Banyak gila gambar katak keluar , menggelikan pulak tu . Euw ! Geli siot . Last-last aku ambil gambar kartun katak =) . Kalau aku amik gambar betul , aku sendiri pun tak nak baca blog aku =( . Haha . Tadi kan , aku terus jerit sekuat hati , lari pusing-pusing rumah , nyorok kat bawah kerusi hanya sebab takut tengok gambar katak tu ! Hebad kan ? Nak click kat katak tu pun geli ! EuwEuw ! Wekkk ! Dah la aku fobia dengan katak . Haha , sesak nafas doe tadi . ( Kepada sesiapa yang tahu pasal kefobiaan aku , diharapkan yang anda memahami ! ) . ='(
sori , kali ni tak ada gambar . Tajuk pun katak . Takkan la aku nak letak gambar katak yang menggelikan tu -.- .
burger restaurant .
Kau orang pernah tak dengar nama ni ? Mestilah pernah kan ? kat gamesgames la katakan . Haha . Masa nak loading kan , dia tunjuk gambar burger .
First-first sekali , dia tunjuk gambar roti . Lepas tu , kat roti tu , dia letak burger . Pulp ! Haha , yang sedap nya sebab game tu letak cheese slice . Wahhhhh ! ( sambil telan air liur ) . Aku teringat pulak dekat Mc Donald . Rindu doe makan kat sana . Agak lama jugak la aku tak makan kat situ . Kat atas cheese slice tu , game tu letak sos cili or tomato , aku tak tahu la yang mana satu . Semua nampak macam sama je . Haha . And of course la , game tu letak roti balik . Takkan la nak makan burger tanpa ade roti kat atas kan ( lebih tepat lagi roti bun . Haha ) .?
Conclusion of the story merepek yang aku bagitahu kau orang adalah : Nur Farah Farhana bte Effendy Onn sedang lapar =) . Hah ? Apsal tak makan ? Ouh , aku tengah tunggu cerita Putera Katak . Wajib tengok =) . Tengok tv sambil makan kan best . Haha .

k.a.k.a.k
Ceh , tak puas hati doe dengan dia orang . Dia orang ada tulis pasal jealousy kat blog dia orang ! Entah kenapa aku tak suka , aku pun tak tahu . Just , malu kot >.< ( kepada sesiapa sahaja , tolong jangan terkejut sebab aku cakap yang aku ni PEMALU . Pernah kot ade seorang kakak ni gelakkan aku sebab aku cakap aku MALU . Dia cakap aku tak ade perasaan MALU . Ceh ! I pun human being la , kak . Haha . ) . Kalau dia orang nak tulis pasal senior / junior . Aku pun nak tulis =) . Just , nak cakap satu , dua orang je =) . Tak mahu banyak-banyak , buat lenguh tangan taip je -.-'

WahWah , siapa orang ni ? Haha , biar aku bagi klu . Awek Landak ! Hah ? Apsal landak ? Haha , tanya la dia sendiri ! Aku tak nak jawab =P . Haha . She's my kakak ! Lots of love for her <3 . CehCeh , hebad kot . Haha , Siti Nursyahira bte Mat Isa a.k.a Syahira Mat Isa . CantikCaktik ? Haha , generasi IS kott . Cute14 going to 15nagers on 2011 , Wah , PMR la =O . Btw , lepas punya la ! Saya berani bertaruh =) . Haha , ade brani ? Haha , gambar ni adalah gambar yang paling aku suka . Kenapa ? Gambar ni buat aku teringat kat dia , esspeacially time sem 1 =) . Bernombor maktab 20090016 . Dan , dia sangat baik , caring and lembut (agak jiwang , haha . ) . One thing for sure , she's very loyal and have a really sweet heart that had been hurted before . Take care dia elok-elok , abang ^.^ . 1 mistake doesn't mean you lose =) .

Wah . Ini kakak Balqis , bukan kakak saya ! Haha , don't be misunderstood . hmm , aku ade gambar dia FREE-HAIR , cantik ! Mahu tengok ? Haha , tak nak bagi lah . Nanti dia marah kot . Haha . Siapakah wanita ini ? Haha , also generasi IS . Macam kakak saya , old 14 going to typical 15 next year , calon penerima sijil anugerah pengetua enam semester berturut-turut =) . Hebad , bukan ? Haha , rajin tulis diari la ini akak . Haha , diari dia da nak khatam da . Diari dia senang dan selalu dibaca oleh saya . Haha ! Ini akak sangat peramah , suka kawankawan , TAK PERCAYA PADA CINTA , baik la jugak ( tak ikhlas kott , haha ) , pandai simpan rahsia ! ( dah banyak kali kantoi dengan dia , teruk ! ) dan sangat berhati perut ( banyak buat salah dengan ini orang . Kalau dia tak ade hati perut , sumpah mampus ! Yeah !) . Saya masih hutang dia satu soalan =) . Bolehkah dia and yang lain sayang adik lain lebih dari saya ='( ? Susah nak jawab la . Engineering question =( .
Racoon ?
Haha . Ni lah tajuk yang aku nak cakap ! Mesti kau orang pelik kan kenapa aku buat tajuk ni ? ( Tolonglah pelik . Sangat diharapkan . ) .Kau orang dah baca yang tajuk Saudara tu ? Kalau dah , aku nak memperkenalkan kau orang tentang ' orang ' yang berkait rapat sangat dengan cerita tu. Seperti yang anda sudah sedia maklum , nama dia adalah Racoon . Hah ? Kenapa pelik sangat nama tu ? Haha . Mestilah , tu adalah sejenis kucing =) . Hah ? Apa kaitan kucing ni dengan Saudara aku tu ? Haha . Kalau kau orang nak tahu ( tolonglah ambil tahu ) , kucing ini cuma akan beranak kalau makcik aku beranak . Sama tarikh ! Haha . hebat kan ? Dia adalah kawan baik mak cik aku . Dia cuma dengar cakap mak cik aku je . And sememangnya manja dengan mak cik aku . Mak cik aku pernah cakap dengan dia : ' Racoon , nanti kita beranak sama-sama ea ' . Racoon : Meow Meow ( Baiklah / Ok ) . Dan terbukti , Racoon dijadualkan beranak terlebih dahulu sebelum mak cik aku . Tapi , dia sanggup tunggu mak cik aku beranak . Tengok-tengok , dia beranak sama waktu dengan mak cik aku beranak . Amazing kan ? Haha .
Cheers to my aunt , Asma Oz' Zahrah binti Haji Razali , Racoon , Muhammad Ar-Rayyan bin Johann De Valda and baby Racoon .
saudara .
Wahwahwah . Pemberitahuan kepada semua , aku akan dapat saudara baru . Nama dia Muhammad Ar-Rayyan bin Johann De Valda . Hebat , kankan ? Maybe post kali ni boring sedikit sebab aku nak cakap full story pasal budak kecil tu ( massage yang aku cuba sampaikan , budak kecil itu sangat membosankan dan aku sangat MENAKJUBKAN ! Haha . ) . Budak ini dilahirkan di Hospital Tunku Jaafar , Seremban dan dilahirkan lewat 2 atau 3 hari . Oleh itu , doktor telah memberitahu bahawa bayi tersebut telah termakan taik =O . Haha . Hebatkan ? Kau orang pernah tak tengok GIRLS IN 1 CUP ? Kalau pernah , kita anggap yang bayi ni BABY IN 1 CUP . Ceh , jahat doe aku ! Da la ! Tak nak mengumpat . Baby ni kulit putih . Mulut dia macam adik aku , Ainul Mardhiah a.k.a Putri . Macam itik =) . Mak cik aku cakap sebab dia selalu sangat gaduh dengan Putri , tu la sebab anak dia mulut macam tu . Kalau perempuan , cute la jugak . Tapi , kalo lelaki ? Macam pondan je . Haha . Part yang sedihnya ialah , tak ada satu pun persamaan aku dengan baby tu ='( . Haha . Tapi aku pasti yang bayi tu takkan suka mandi , macam aku . Sebab aku dengan mak cik aku selalu sangat gaduh sebab aku tak mandi lagi -.-' . Haha .
Jangan tertipu ! Ini bukan gambar budak kecil yang aku bagitahu kau orang tadi . Tak sempat nak ambil gambar kott . By the way , cute kan baby ni ? Geram nya >.< .
mari peluk
Wah , kau orang baca tak majalah Harmoni keluaran Disember ( tengah jadi promoter ni . haha ) . Ade satu tajuk yang aku memang tertarik . Ia berkenaan dengan peluk ! Haha . Nah , baca la kau !
Menurut penulis yang juga pakar terapi keluarga dari Amerika , Virginia Satir , untuk hidup lama , seseorang itu memerlukan empat pelukan sehari . Untuk kesihatan pula seseorang itu memerlukan lapan pelukan sehari . Manakala untuk pertumbuhan awet muda dan kebahagian hidup , seseorang itu memerlukan 12 pelukan dalam sehari . Berdasarkan kaji selidik dari University of North Caroline , Amerika Syarikat , pelukan secara tidak langsung mampu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar hormon oksitosin . Malah , beberapa pakar kaji kaji selidik juga memanggil hormon ini sebagai HORMON CINTA . Pelbagai penelitian menunjukkan terapi pelukan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dan secara tidak langsung meningkatkan kekebalan tubuh =O . Seorang Reiki master di Mumbai , India menyatakan pelukan mampu merapatlan kembali hubungan yang renggang . Justeru , pasangan yang sedang berhadapan dengan konflik rumah tangga dan bercadang untuk berpisah disarankan suraya berpelukan sebanyak 20 kali sehari .
Info ini menyuruh kita supaya sentiasa berpeluk dan jangan buat kerja lain selain PELUK ! Haha . Oleh itu , jom kita peluk ! Haha . MariMari =)
pensil?
Wah , aku sudah tak tahu guna pensil ! Give me a clap . Selama 1 bulan++ , aku tak menulis . Just , typing pakai keyboard . And now , aku nak sambung buat homework yang sudah lama dalam stor beg aku . Haha . Susah doe nak tulis tadi . Aku rasa macam budak tadika . Tulisan adik aku lagi cantik kot . Shame to be an teenager who lose to a kid ! Habis aku kena gelak . Kalau kau orang nak gelak , dipersilakan . Saya takkan marah . Just , jangan terlalu mengejek ='(
Tuesday, December 28, 2010
just
Akhirnya , dapat gak aku tukar blog aku ! No Try No Get . Betul tak ? Tapi , blog ni , buat mata aku sakit yang teramat sungguh sekali . Warna dia . Ish ! Menyakitkan mata je la . Tapi , sudah OK kan ? Sure-sure kau orang selalu tengok background tu kan ? Malas doe nak pilih ! ( Ini tanda-tanda orang pemalas , haha ) Nasihatku , jangan jadi macam saya . Be yourself , its the only way to make others smile =) .

Myspace to Facebook to Blog
Ramai orang buat blog . kankan ? Blog pelik kot ( sori peminat blog , terpaksa jujur ) . Dari tadi aku cuba nak ubah macam-macam . Susah doe ! Blog lagi susah dari myspace . Facebook is the easiest of course . Am I right ? Jujur aku cakap ( kira mengaku la ni -.- ) Blog aku hodoh yang teramat sungguh sangat . Gosh !

Benda ni ? Akan ditinggalkan tidak lama lagi . hahahahhahaha
and also

New fashion mehhhh.~~~latest trend=))






