Wah , kau orang baca tak majalah Harmoni keluaran Disember ( tengah jadi promoter ni . haha ) . Ade satu tajuk yang aku memang tertarik . Ia berkenaan dengan peluk ! Haha . Nah , baca la kau !
Menurut penulis yang juga pakar terapi keluarga dari Amerika , Virginia Satir , untuk hidup lama , seseorang itu memerlukan empat pelukan sehari . Untuk kesihatan pula seseorang itu memerlukan lapan pelukan sehari . Manakala untuk pertumbuhan awet muda dan kebahagian hidup , seseorang itu memerlukan 12 pelukan dalam sehari . Berdasarkan kaji selidik dari University of North Caroline , Amerika Syarikat , pelukan secara tidak langsung mampu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar hormon oksitosin . Malah , beberapa pakar kaji kaji selidik juga memanggil hormon ini sebagai HORMON CINTA . Pelbagai penelitian menunjukkan terapi pelukan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dan secara tidak langsung meningkatkan kekebalan tubuh =O . Seorang Reiki master di Mumbai , India menyatakan pelukan mampu merapatlan kembali hubungan yang renggang . Justeru , pasangan yang sedang berhadapan dengan konflik rumah tangga dan bercadang untuk berpisah disarankan suraya berpelukan sebanyak 20 kali sehari .
Info ini menyuruh kita supaya sentiasa berpeluk dan jangan buat kerja lain selain PELUK ! Haha . Oleh itu , jom kita peluk ! Haha . MariMari =)
Wednesday, December 29, 2010
mari peluk
Posted by nananana=) at 3:05 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 peoplee:
Post a Comment